Pada peringkat awalnya Arkib Negara Cawangan Negeri dikenali sebagai :
Arkib Negara Zon Selatan yang terletak di Johor Bahru.
Ditubuhkan pada 1 Mei 1967 sebagai Arkib Negeri Johor,
kemudiannya diserahkan kepada kerajaan persekutuan pada tahun
1972 dan dikenali sebagai Arkib Negara Zon Selatan. Institusi
Arkib Negara Cawangan negeri yang pertama ini bertanggungjawab
kepada negeri Johor dan Melaka.
Arkib Negara
Zon Timur ditubuhkan pada 14 April 1978 yang berpejabat di
Kuala Terengganu. Arkib ini bertanggungjawab ke atas tiga buah
negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Arkib Negara Zon Utara yang berpejabat di Alor Setar pula ditubuhkan pada 1
Mac 1979, dan bertanggungjawab ke atas tiga buah negeri iaitu
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Arkib Negara Cawangan Sabah ditubuhkan pada 1 Februari 1977, berpejabat di
Kota Kinabalu.
Arkib Negara Cawangan Sarawak ditubuhkan pada 1 Julai 1967, berpejabat di
Kuching.
Apabila fungsi dan
tanggungjawab Arkib Negara peringkat negeri berkembang, maka
bermulalah penubuhan Arkib Negara Cawangan-cawangan Negeri
pada tahun 1988, di mana tertubuhnya Arkib Negara Cawangan
Kelantan dan Pulau Pinang. Seterusnya Arkib Negara Cawangan
Perak pada 1 Oktober 1993 dan diikuti dengan Arkib Negara
Cawangan Melaka pada tahun 2004.
Dari segi
strukturnya, Arkib Negara Cawangan Negeri adalah dibawah
penyeliaan Timbalan Ketua Pengarah. Setiap Cawangan Negeri
dianggotai sekurang-kurangnya 8 orang kakitangan yang terdiri
daripada Pegawai Arkib, Penolong Pegawai Arkib, Pembantu
Arkib, Pembantu Pemuliharaan, Penolong Tadbir dan Pekerja Am
Rendah.