Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan 2008
Jadual Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan adalah satu jadual yang umum (generic) bagi pelupusan rekod kewangan dan perakaunan di semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan di seluruh Malaysia. Jadual ini disediakan untuk memudahkan dan menyelaras pelupusan rekod kewangan dan perakaunan.
Selaras dengan Seksyen 25 (2) (a) dan (b) Akta Arkib Negara Malaysia 2003, semua pejabat awam (Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan) perlu memohon kebenaran Arkib Negara Malaysia sebelum melaksanakan tindakan pelupusan rekod awam dengan menggunakan borang-borang yang telah diluluskan menerusi Warta Kerajaan bertarikh 13 Oktober 2008.
Carian Arkib merupakan perkhidmatan secara online yang disediakan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rujukan bahan-bahan yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia.
Pendaftaran Penyelidik Online adalah satu kemudahan perkhidmatan yang disediakan kepada orang ramai untuk mempercepatkan proses menjadi ahli penyelidik serta mendapatkan kad keahlian penyelidik. Proses ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan memasuki Web Arkib Negara Malaysia.
HIDS adalah satu kemudahan capaian secara
"online" kepada orang ramai bagi mengetahui sejarah tanahair
disamping membawa kesedaran terhadap kepentingan sejarah dalam
kehidupan mereka.